KPLB
belum bercadang tetapkan kriteria akademik lantik JKKK
TAMBUNAN,
Apr 13 -- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph
Pairin Datuk Kitingan berkata, Kerajaan Negeri belum mempunyai
cadangan untuk menetapkan kriteria khusus seperti kelayakan
akademik untuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan
dan Kemajuan Kampung (JKKK) meskipun ada cadangan daripada
pihak tertentu buat masa sekarang.
Katanya,
tumpuan kerajaan pada masa ini adalah memperkasa organisasi
JKKK dan peranannya agar menjadi sebuah agensi yang berkesan.
Apa
yang yang penting sekali buat masa sekarang, kita mahu pihak
JKKK dapat membantu Kerajaan dalam melaksanakan program
pembangunan dan juga dapat menjelaskanyang kepada anak buah
masing-masing berkenaan polisi dan dasar kerajaan.
‘’Ada
diantara pengerusi JKKK terdiri dari kalangan graduan, cuma
apa yang penting sekarang ini peranan JKKK itu yang perlu
ditetapkan, bidang kuasa, bidang tugas yang lebih jelas.’’
Beliau
berkata demikian di majlis perasmian Kursus Pengurusan dan
Pentadbiran JKKK/JKDB bagi Kawasan Tambunan anjuran Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertempat di Tandarason Resort
And Club (TRCC), Tambunan, pagi tadi.
Pairin
yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, Kerajaan
akan membuat semakan semula peranan JKKK dan menetapkan
bidang kuasa khususnya dalam soal pentadbiran agar mereka
dapat mengambil peranan yang menyeluruh dalam memastikan
perlaksanaan program Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang
bertumpu di wilayah pedalaman akan dapat dijayakan.
Selari
dengan usaha itu, kita akan mencadangkan kepada Kerajaan
untuk mempertimbangkan tentang keperluan JKKK, keperluan
mereka, kemudahan-kemudahan, dan juga elaun yang diterima.
Dalam
pada itu, berucap di hadapan 83 Pengerusi JKKK dari sekitar
daerah ini, Pairin mengingatkan kepada mereka agar tidak
bersikap sambil lewa terhadap tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan.
JKKK
adalah mata dan telinga kerajaan dan sebagai agen penyampai
maklumat antara kerajaan dengan rakyat yang berkesan dan
memikul amanah dengan penuh rasa tanggungjawab, keinsafan,
jujur dan amanah bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang
perlu ada dalam diri kita.
JKKK
harus mempunyai program khusus, sebagai contoh mengadakan
mesyuarat setiap bulan untuk menilai prestasi JKKK dan bukannya
ingin memohon projek sahaja.
Kita
tahu banyak organisasi JKKK tidak menjalankan tugas seperti
yang diamanahkan termasuklah tidak mengadakan menyuarat
dan penyimpanan rekod tidak dapat dilakukan dan kegagalan
melaksanakan tugas ini menyebabkan pihak Pejabat Daerah
dan Pemimpin dipersalahkan.
Katanya,
setiap badan JKKK perlu mempunyai rekod dan menyediakan
profile kampung yang mengandungi data terpeinci seperti
jumlah penduduk, kegiatan ekonomi dan sebagainya termasuklah
menyimpan dokumen gazet kampung.
‘’Sekarang ini belum ada satu bukupun yang disimpan oleh
badan JKKK dan kita mahu ini diubah,’’ katanya.
Katanya,
sekiranya ada usaha dan komitmen berterusan dari semua pihak
khususnya para pemimpin masyarakat setempat, impian kerajaan
untuk membawa pembangunan kepada masyarakat di luar bandar
melalui program pembangunan ekonomi dan juga projek pembangunan
fizikal dapat mencapai sasarannya.
Sebagai
pemimpin masyarakat, kita haruslah berusaha menimbah ilmu
dan kemahiran dalam pelbagai bidang khususnya yang berkait
rapat dengan tanggungjawab sebagai pemimpin, agar kepimpinan
untuk meningkatkan keberkesanan dan berintegriti dikalangan
lapisan masyarakat.
Katanya,
ini amat penting bagi memastikan masyarakat terus menyokong
dan komited menjayakan pelbagai dasar dan program pembangunan
kerajaan yang pasti akan membantu meningkatkan lagi pembangunan
agar rakyat hidup dengan lebih sempurna sekaligus menghapuskan
golongan miskin dan miskin tegar sepenuhnya menjelang 2010.
Saya
yakin dengan tekad, usaha, kerjasama dan komitmen yang diberikan
dari semua pihak maka hasrat kerajaan untuk menjadikan kawasan
luar bandar yang produktif, maju, menarik dan menguntungkan
akan menjadi kenyataan.