Home
News

 
 
 
 
CURRENT NEWS

Pairin adakan Rumah Terbuka sempena Hari Krismas pada 25hb ini

KOTA KINABALU, Dis 20 -- Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan bersama isteri akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Pairin yang juga Huguan Siou dan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) mengadakan rumah terbuka bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang bertempat di Dewan Hongkod Koisaan, Ibu Pejabat KDCA, Penampang.

Justeru itu, Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Krismas. Pelbagai acara menarik bakal diadakan sempena sambutan itu.

Tetamu kehormat yang dijangka hadir Tuan Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmadshah Bin Abdullah dan juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.


 

 

 

 

Copyright © Sabah United Party (Parti Bersatu Sabah), Malaysia. All rights reserved.
First published: 22-Sep-1997   Updated: 23-Dec-2008 Email: webmaster