Home
News

 
 
 
 
CURRENT NEWS

Pairin kekal Presiden Tambunan Golf and Country Club bagi sesi 2009-2011

TAMBUNAN, Dis 13 -- Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Tambunan Golf and Country Club (TNGC) bagi sesi 2009 – 2011 selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tri-Tahunan (BGM) yang berakhir petang tadi.

Dalam pemilihan itu, jawatan lain yang turut dipertahankan tanpa ditanding ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Timbalan Presiden), En. Justin Alip (Naib Presiden), En. Thomas Angor (Setiausaha Kehormat), En. Jairim Jameleh (Kapten), En. Jupirin Kojiun (Setiausaha Golf).

Sementara itu, En. Maxentius Donysius tidak mempertahankan jawatan Bendahari pada sesi akan datang dan beliau digantikan oleh En. Pius Amir yang juga menang tanpa bertanding.

Bagi 5 jawatan AJK yang dipertandingkan, tiga muka baru iaitu En. Nelson Kitingan, En. Hermis Amir dan Dr Juanis Yajuni, sementara dua muka lama yang masih kekal En. Welfredoline Jakil dan En. Laiwon Dalus.

Terdahulu dalam ucapannya, Presiden Kelab TNGC, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, TNGC yang ditubuhkan pada tahun 1991 yang kini telah mencapai usia 17 tahun telah mencapai banyak kemajuan khususnya dari segi tambahan kemudahan.

Berbanding dengan Kelab-kelab yang lebih awal seperti Keningau dan Kudat Golf Club yang telah lama dan kukuh, banyak yang pencapaian yang sudah boleh dibanggakan oleh ahli TNGC.

Kita sebagai ahli-ahli TNGC sudah pasti amat gembira dengan kemajuan yang telah dicapai ini dalam tempoh ini kerana bukan mudah untuk mentadbir sebuah Kelab Golf dan semua ini bergantung kepada sokongan daripada ahli Kelab itu sendiri.

Antaranya, pada Ogos 2007 TNGC telah dinaiktaraf daripada padang golf 9 lubang kepada 18 lubang yang dibuka secara rasmi oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Bin Abdullah.

Dari segi penganjuran Kejohanan, dalam tahun ini saja sebanyak 9 pertandingan telah diadakan sama ada ianya ditaja oleh individu mahupun pihak syarikat swasta dan pihak Kelab sendiri. Manakala dari tahun 2006-2008 sebanyak 29 perandingan telah dijalankan.

Dari segi bilangan kakitangan untuk mentadbir Kelab, pihak TNGC telah menggaji 18 pekerja untuk melakukan kerja-kerja seperti menyenggara padang golf dan pada keseluruhannya Kelab ini mempunyai 49 orang pekerja.

Dalam pada itu, Pairin turut mengucapkan tahniah terima kasih kepada ahli Kelab yang berjumlah seramai 756 orang ahli di atas sokongan dan turut tidak dilupakan kepada para penyokong serta sponsor di atas sokongan sehingga apa yang telah dapat dicapai oleh Kelab ini sekarang.

Bagaimanapun, masih banyak ruang untuk diperbaiki khususnya dari segi bilangan kemudahan yang disediakan sudah tidak mampu untuk menampung para golfer khususnya dalam satu-satu pertandingan.

Untuk itu, pihak TNGC juga bercadang untuk membeli pelbagai kemudahan dan peralatan untuk menambahbaik perkhidmatan kepada ahli dan juga pemain khususnya dalam memperbaiki perkhidmatan semasa menganjur sesuautu Tournament.

Selain itu, pada masa akan datang pihak Kelab turut merancang pelbagai aktiviti dan pertandingan termasuklah ‘Chip and Putt Tournament’ yang akan diadakan di TNGC Kota Kinabalu yang menawarkan hadiah berjumlah RM6,000 tajaan Kumpulan Syarikat Wazlian.


 

 

 

 

Copyright © Sabah United Party (Parti Bersatu Sabah), Malaysia. All rights reserved.
First published: 22-Sep-1997   Updated: 14-Dec-2008 Email: webmaster