Tamu
Apin-Apin perlu dipromosi
KENINGAU,
April 1 -- Tamu Apin-Apin perlu dipromosi seperti tamu-tamu
mingguan lain di Sabah untuk menambahkan lagi produk pelancongan
yang ada di daerah Keningau agar dapat menarik lebih ramai
pengunjung sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
Timbalan Ketua
Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan berkata Majlis
Pelancongan Daerah Keningau yang dikendalikan Pejabat Daerah
telah menyusun program-program promosi pelbagai destinasi
pelancongan di sini dan Tamu Mingguan Apin-Apin yang diadakan
setiap Sabtu sejak sekian lama perlu dimasukkan.
“Untuk mencapai
hasrat itu Pekan Apin-Apin perlu diperindahkan, perlu dibersihkan
dan perlu ditanam pelbagai bunga termasuk meningkatkan kesedaran
penduduk menjaga kebersihan agar Tamu Mingguan setiap Sabtu
di Pekan Apin-Apin selesa untuk dikunjungi ramai,” kata
Pairin.
Pairin
yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan demikian
ketika melancarkan gotong royong perdana Pekan Apin-Apin
pagi kelmarin.
Justeru Pairin
yang juga Ahli Parlimen Keningau meminta kepada Pengurusan
Keceriaan Pekan Apin-Apin agar mengemukakan kertas cadangan
kepada pihaknya untuk diambil tindakan.
Terdahulu dalam
ucapan alu-aluannya, Pengerusi Penganjur Justin Datuk Angian
berkata setakat ini pihaknya telah menyusun pelbagai perancangan
di mana usaha-usaha awal tidak melibatkan peruntukan Kerajaan.
“Setakat ini
kami baru dapat melaksanakan kegiatan dengan kerjasama Jabatan
Kerja Raya, badan-badan sukarela dan syarikat-syarikat persendirian,”
kata Justin.
Kira-kira 250
penduduk kampung-kampung sekitar, Majlis Daerah Keningau
dan Pasukan Pengakap menyertai gotong-royong membersih serta
mengindahkan Pekan Apin-Apin kelmarin.
Turut hadir
ketua-ketua komponen Barisan Nasional (BN) di Keningau serta
pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.