UCAPAN
ALU-ALUAN OLEH
YB DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN
PRESIDEN PARTI BERSATU SABAH
SEMPENA
PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN YANG KE-18 OLEH
YAB
DATUK SERI PANGLIMA DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
WELCOME PANTUN
Kalau bukan bintang dan bulan
Tidak ada cinta dan kawan
Kalau bukan kerana perjuangan
Tidak kita bersalam-salaman
Kalau
bukan kerana mu
Tidak
kita bertemu mata
Kalau
bukan kerana cinta Negara
Ta
kan kita bersama-sama
Kerana
mu
Perjuangan
untuk mu tidak sia-sia
Kerana
mu kita berjuang semula
Bersama
BN kerajaan kita
Kita
ucapkan setinggi-tinggi
Terima
kasih kami dari hati
Kepada
YAB Perdana Menteri
Pemimpin
Agung yang dihormati
WELCOME INTRODUCTION
Salam hormat, salam bersatu dan salam sejahtera, kepada para hadirin dan hadirat yang saya muliakan, terutama sekali dan, khasnya, saya tujukan kepada, tidak lain tidak bukan, Pemimpin Agung kita, YAB Datuk Seri Panglima Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi BN.
Kita bersyukur kepada Tuhan Yang MahaKuasa kerana dengan berkat dan restuNyalah kita dapat bersama-sama pada hari yang mulia dan indah ini, khususnya, bersama-sama dengan YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Pemimpin Agung Negara Malaysia yang kita cintai ini.
Kehadiran YAB Datuk Seri pada hari ini sungguh bermakna kepada PBS kerana kali ini YAB Datuk Seri berkesempatan untuk hadir merasmikan Persidangan Perwakilan PBS kali yang ke 18. Kita, dengan rendah hati, ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga atas kedatangan YAB Perdana Menteri dan Pengerusi BN, dan atas kesudian YAB merasmikan Persidangan Perwakilan kali yang ke 18 PBS pada tahun 2003 ini.
Keperihatinan, serta kehadiran YAB Datuk pada hari ini, bukan sahaja memeriahkan suasana Persidangan Perwakilan PBS ke 18, tetapi ianya lebih daripada itu. Kehadiran serta keperihatinan YAB Dato Seri hari ini menandakan bahawa Sabah terus diberi tumpuan perhatian oleh BN dan khususnya YAB Datuk Seri sendiri.
Saya juga terus bersyukur kepada Tuhan atas kehadiran ramai pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN serta dif-dif jemputan pada petang ini. Khususnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Musa Aman atas kehadiran beliau sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah dan juga selaku Pengerusi BN Negeri Sabah.
Kepada Setiausaha Agong BN, Tan Sri Datuk Mohamad Rahmat, saya ucapkan juga selamat datang dan terima kasih kerana hadir dalam Persidangan Perwakilan PBS dua tahun berturut-turut.
Kepada Presiden-Presiden dan wakil-wakil komponen BN yang lain, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah sudi datang untuk memberi sokongan moral kepada kami. Jelas sekali bahawa kehadiran semua anda bersama YAB Datuk Seri Perdana Menteri kita memeriahkan lagi majlis kita pada petang ini, dan mengeratkan lagi tali silaturrahim kita sebagai pemimpin-pemimpin BN.
Dua tahun yang lalu, suasana seperti ini sukar untuk dibayangkan tetapi, pada hari ini, suasana gembira dan memberangsangkan amat ketara sekali, terutamanya dengan kehadiran YAB Perdana Menteri sebagai tetamu khas kita untuk menyempurnakan upacara perasmian Persidangan Perwakilan PBS ke 18 ini.
PERANAN RAKYAT
Kita
bersyukur dan berterima kasih kerana didalam 22 tahun di bawa kepimpinan YAB
Datuk Seri sebagai Perdana Menteri menarajui pentadbiran Negara Malaysia,
Negara kita telahpun mencapai banyak kejayaan. Pencapaian dan kejayaan ini
perlu diteruskan, oleh sebab banyak lagi yang perlu dibuat demi kepentingan
dan kesejahteraan rakyat serta masa depan dan kedaulatan Negara
Memang
bukan mudah untuk membawa kemajuan kepada seluruh Negara kita; baik daripada
segi infrastruktur lebih-lebih lagi daripada segi perubahan minda rakyat majmuk
Saya
sungguh memahami bahawa dalam pembentukan Negara
Menujukearah itu, rakyat pula perlu bimbingan dan pengertian yang mendalam atas cara-cara kerajaan ingin mereka laksanakan. Ruang untuk meningkatkan pemahaman dikalangan rakyat masih luas untuk diterokai memandangkan rakyat sentiasa sibuk dengan kerja seharian demi mencari nafka hidup masing-masing terutama mereka yang tinggal diluar-luar Bandar.
PBS akan memainkan perananya dalam BN untuk membantu kerajaan dalam hal ini terutama daripada segi pelaksanaan tujuan Wawasan 2020.
PATRIOTISME ASAS PERPADUAN
Tema Persidangan Perwakilan ke18 PBS kali ini berbunyi: Patriotisme Asas Perpaduan.
Kita
telah memilih tema ini kerana seruan daripada kerajaan kepada rakyat
Kita,
dalam PBS, bersetuju dan menyokong seruan ini dengan sepenuhnya kerana kita
tahu bahawa kita di
Justru
itu, kita rakyat
Rakyat
juga perlu kesedaran dan perlu juga disedarkan. Rakyat juga terus perlu mengambil bahagian
didalam soal membangkitkan semangat patriotisme, dan komited kepada soal mempertahankan
kedaulatan Negara serta melindungi hak-hak warganegara
Pada
hari yang mulia ini, kita berhadapan dengan seorang tokoh yang terkenal bukan
sahaja di
Penekanan
beliau terhadap integrasi dikalangan rakyat majmuk di
Tidak
boleh dinafikan keadaan yang sebenar. Yang perlu ditentukan ialah tubuh-badan
dan kesihatan
Atas
kepimpinan YAB Datuk Seri selama 22 tahun,
SECRET ADMIRER
Dalam soal kepimpinan, ingin saya menyatakan disini bahawa
walaupun saya pernah menjadi sparring partner dengan beliau dalam beberapa masa yang sudah lalu, saya, yang sebenar, adalah secret admirer kepada beliau.
PERPADUAN DAN INTEGRASI
Secara peribadi, saya memang amat kagum dengan ketokohan YAB Datuk Seri sebagai seorang pemimpin dan negarawan. Kejayaan Dr. Mahathir yang paling kita hargai ialah kemampuan beliau untuk menyatu-padukan seluruh rakyat berbilang kaum di Negara ini. Walaupun menghadapi berbagai dugaan dan cabaran, khususnya, dari pelampau-pelampau kaum dan agama, namun, atas ketegasan, ketangkasan serta kebijaksanaan beliau, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama terus hidup dalam suasana harmoni, aman dan makmur. Tidak dinafikan selama 22 tahun ini perpaduan dan keharmonian kaum terus menjadi tunggak kestabilan politik dan kemajuan ekonomi Negara.
BAPA PERPADUAN NASIONAL
Kita sangat menghargai peranan dan sumbangan YAB Datuk Seri untuk menyatu-padukan rakyat. Wawasan perpaduan juga adalah wawasan PBS. Kita ingin melihat rakyat yang berbilang kaum dan agama terus hidup dalam suasana aman, damai dan bersatu-padu. Oleh yang demikian, kita tidak ragu-ragu memberi gelaran Bapa Perpaduan Nasional kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad, atas kepimpinan beliau yang telah berjaya menyatu-padukan rakyat majmuk Negara Malaysia.
Akhirkata, sekali lagi, bagi pehak PBS, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Datuk Seri kerana sudi meluangkan masa untuk datang, walaupun begitu sibuk dengan tugas-tugas rasmi yang lain, dan terus melakukan perasmian Persidangan Perwakilan PBS kali ke 18 hari ini.
PANTUN PENUTUP
Burung
merak burung merpati
Terbang
jauh terbang tinggi
Melintasi
desa sepuas hati
Semoga
selamat sampai ke destinasi
Ubi
manis ubi keladi
Kalau
ada ditambah lagi
Sekiranya
umur panjang direstui
Kita
pasti berjumpa lagi
Terima
kasih Datuk Seri
Perdana
Menteri yang dikasihi
Jauh
di mata tetapi dekat dihati
Semoga
kita bertemu lagi
Sekian. Salam Bersatu dan selamat bertemu kembali!