Home
Photo Gallery
Archive 05

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
       
   
PERLU JAMBATAN BARU … sebuah jambatan sementara akan dibina di Jalan Kg Lotong, Tambunan sebelum pembinaan jambatan kekal dilaksanakan untuk menggantikan jambatan sedia ada yang diperbuat daripada kayu bulat. 

Ketika meninjau keadaan jambatan itu kelmarin (28Mac), Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berharap kerja-kerja pembinaan dapat dibuat menurut jadual yang ditetapkan untuk memberikan kemudahan kepada para pengguna pelbagai kampung sehingga ke Apin-Apin.

Kelihatan dalam gambar, Pairin bersama rombongan diiringi Pegawai Daerah Thomas Angor dan Jurutera Daerah Freddy Kimbun ketika meninjau lokasi yang memerlukan pembinaan jambatan itu pada 29 Mac 2007.

 
       
   
PERLU NAIK TARAF … terdapat keperluan untuk menaik taraf Jalan Sukong-Lotud sejauh 4.1km di Kg Timbou kira-kira 3km dari Pekan Tambunan, namun demikian usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan sumber peruntukan yang memadai kerana ianya belum termasuk di dalam senarai pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan ketika meninjau sepanjang jalan itu kelmarin (28Mac) mendapati usaha menaiktarafkan jalan itu dapat memperkembangkan lagi pembangunan kawasan-kawasan yang dilalui termasuk pelancongan.

Pairin turut menerima taklimat mengenai kedudukan jalan itu dari Pegawai Daerah Thomas Angor dan Jurutera Daerah Freddy Kimbun yang mengiringi Pairin meninjau kawasan berkenaan pada 29 Mac 2007

 
       

 

 
Pairin menerima borang keahlian PBS dari Nestor sambil disaksikan Daniel dan Petrus, 28 Mac 2007
  Pairin dan Nestor bersama sebahagian ahli baru PBS dari cawangan Kg Tondulu, 28 Mac 2007

 
       
   
Pairin sedang menerima aduan penduduk ketika melawat Kg Papar, Tambunan, 26 Mac 2007
  Pairin beramah mesra dengan sekumpulan warga emas pada akhir sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Papar, Tambunan, 26 Mac 2007  
       
   
Keadaan kenderaan yang terkandas di Km24 Jalan Tambunan-Ranau yang runtuh ketika menunggu jalan alternatif siap, 25 Mac 2007   Pairin menemui para pekerja yang menyiapkan jalan alternatif di Km24 Jalan Tambunan-Ranau yang runtuh pada petang Sabtu, 24 Mac 2007  
       
   
Pairin dan rombongan memperhatikan jurang putus sedalam kira-kira 40kaki di Km24 Jalan Tambunan-Ranau, 25 Mac 2007   Pairin dan para pekerja melambai ke arah para pemandu kenderaan sebaik jalan alternatif siap di jalan berturap putus yang terletak di antara Kg Kirokot – Kg Pahu, 25 Mac 2007  
       
   
Pairin meninjau perparitan untuk kemudahan para peniaga pasar malam, manakala gambar, 24 Mac 2007   Pairin meninjau sebahagian dari Jalan Kalasasan, 24 Mac 2007
 
       
   
Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memukul gong tanda rasminya pelancaran Mahkamah Bergerak Malaysia di Pitas sambil diperhatikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan selaku wakil Kerajaan Negeri, Hakim Besar Saba dan Sarawak Datuk Richard Malanjum (kiri) dan ketua-ketua masyarakat setempat, 22 Mac 2007   Pairin menyampaikan mock kunci kereta kepada Tun Ahmad Fairuz sebagai menandakan sokongan Kerajaan Negeri Sabah menyumbangkan dua buah kereta untuk kegunaan Mahkamah Bergerak di Sabah sambil diperhatikan Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, 22 Mac 2007  
       
   
Radin bersalaman dengan Pairin selepas pembukaan rasmi Batu Bersurat Keluarga Siringon di Makakumpai, 20 Mac 2007   Pairin dan Radin meneliti beberapa fakta yang tercatat di dalam Batu Bersurat Keluarga Siringon di Makakumpai, 20 Mac 2007  
       
   
Radin yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Saba sedang bertukar-tukar maklumat dengan rombongan diplomatik Jepun, dari kiri Takahito, Takeshi dan Noboru, 20 Mac 2007   Radin menyampaikan cenderakenangan berbentuk buku bertajuk “Perjuangan Politik – Berbilang Kaum” yang mengandungi ucapan-ucapan dasar Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan kepada Takahito, 20 Mac 2007.  
       
   
Pairin melihat hasil-hasil tanaman tanah tinggi yang diusahakan penduduk Widu, Tiong dan Pialungan di sempadan daerah Tambunan dan Ranau, 10 Mac 2007   Pairin meneliti borang yang dikemukakan salah seorang warga emas di Kg Tiong sambil diperhatikan ADO Thomas Logijin (kanan) dan Pengerusi JKKK Damis Idang (kiri)  
       
   
Pairin menyampaikan anugerah pelatih terbaik Kem Tanaki Tambunan kepada Atiqah Hanani dari WP Kuala Lumpur sambil disaksikan Let. Kol. Azlan, 10 Mac 2007   Pairin bersalaman dengan para pelatih selepas tamat latihan diiringi Let. Kol. Azlan, 10 Mac 2007.  
       
   
Pairin menerima cenderakenangan daripada Louis sambil diperhatikan Jahid, Madius dan Ibrahim. (6 Mac 2007)   Pairin bersama para pemimpin kanan parti itu di hadapan Kek Harijadi PBS pada 5 Mac 2007 sebelum meniupkan lilin dan memotong kek itu.  
       
   
Pairin menyampaikan anugerah penghargaan kepada Henry Charles yang mengusahakan Kilang Memproses Halia di Kg Botung, Tambunan pada 3 Mac 2007   Pairin menerima cenderakenangan daripada Pengerusi PPK Tambunan Primus Kayau sambil disaksikan Zahar, 3 Mac.  
       
   
Pairin selaku Presiden KDCA menerima mock cek bernilai RM10,000 untuk tabung pendidikan yang disampaikan penyelaras penganjur kejohanan Dr Max Ongkili.   Pairin menyampaikan hadiah kepada Louis yang memenangi Kejohanan Golf Amal KDCA yang diadakan di Sabah Golf and Country Club pada 3 Mac 2007  
       

 
 
 

Copyright © Sabah United Party (Parti Bersatu Sabah), Malaysia. All rights reserved.
First published: 22-SEP-1997   Updated: 07-Feb-2007 Email: webmaster