96
pekebun kecil daerah Tambunan terima surat tawaran menduduki
Skim Kaingaran, Fasa 1
TAMBUNAN,
Apr 14 -- Seramai 96 pekebun kecil dari daerah ini menerima
surat tawaran Skim Kaingaran di bawah Skim Pekebun-Pekebun
Kecil.
Timbalan
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
berkata, dalam Skim Kaingaran Fasa I, Jabatan Tanah telah
siap melakukan kerja-kerja penyukatan tanah yang dibahagikan
kepada 108 lot.
Bagaimanapun
katanya, buat masa ini hanya seramai 96 pekebun kecil yang
rata-ratanya tidak memilik tanah telah dikenalpasti dan
surat tawaran telah dikeluarkan untuk membolehkan mereka
ditempatkan di dalam skim.
Setiap
lot mempunyai keluasan sekitar 7 hingga 10 ekar bergantung
kepada keadaan permukaan muka bumi tanah berkenaan dan kesemua
penerima ini terdiri mereka yang layak selepas melalui proses
penapisan berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh
Kerajaan.
Beliau
berkata demikian di majlis penyerahan Surat Tawaran Skim
Kaingaran yang diadakan bertempat di Tandarason Recrational
and Country Club (TRCC), dekat sini semalam.
Pairin
yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar menjelaskan, majoriti
penduduk di negeri ini adalah tinggal di luar bandar dan
menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber penjana ekonomi
yang utama kepada penduduk.
Katanya,
Kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap sektor pertanian
untuk menjadikan kawasan ini produktif dan menguntungkan
yang mampu memberi pulangan serta manfaat ekonomi kepada
rakyat khusus masyarakat di kawasan luar bandar yang tergolong
dalam kelompok miskin dan miskin tegar.
Katanya,
Kerajaan amat mengambil berat akan kadar kemiskinan yang
wujud di negeri ini dan usaha membasmi kemiskinan tegar
akan terus dipertingkatkan dan melalui pelbagai program
pembangunan dan peningkatan ekonomi setempat, sekaligus
dapat membantu merealisasikan matlamat negara untuk mensifarkan
kemiskinan tegar menjelang tahun 2010.
Tahun
ini adalah tahun ketujuh dalam pelaksanaan dasar halatuju
pembangunan dan kemajuan negeri untuk mencapai matlamat
negeri sabah sebuah negeri maju di malaysia menjelang tahun
2015.
Namun
demikian katanya, kejayaan semua program ini banyak bergantung
kepada sikap para peserta program itu sendiri dan perlu
ada usaha dan inisiatif serta penglibatan aktif daripada
masyarakat di luar bandar untuk memastikan segala perancangan
ini berjalan seperti yang dirancang.
Pekebun
harus membuka minda dan bersikap lebih proaktif dan kreatif
untuk mempegunakan segala pengalaman dan pembelajaran yang
perolehi agar segala peluang dan potensi yang berkaitan
dengan program-program peningkatan ekonomi yang terdapat
di kawasan kita dapat direbut dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Dalam
pada itu, Pairin turut melahirkan perasaan gembiranya kerana
penerima geran tanah mempunyai perancangan untuk mengusahakan
tanah mereka masing-masing.
‘’mereka
sangat gembira dan sungguh bersemangat, ada diantara mereka
yang memberitahu saya yang mereka akan membuka tanah untuk
menanam getah, halia, kelapa sawit dan sebagainya’’,
Jelasnya,
sesuai dengan kedudukan daerah Tambunan yang terletak di
pedalaman, pertanian adalah sumber penjana ekonomi di luar
bandar yang menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri
ini.
‘’saya
fikir ini berita yang cukup gembira kerana mereka mempunyai
perancangan yang baik’’.
Beliau
menyeru pekebun-pekebun kecil agar merebut peluang ini dengan
mengusahakan tanah sepenuhnya dengan menanam tanaman makanan
dan tanaman-tanaman lain yang mempunyai potensi tinggi dipasaran.
Ini
bukan sahaja sebagai langkah berjimat cermat dalam menangani
krisis makanan dan kemelesetan ekonomi dunia, tetapi dimasa
yang sama, dapat meningkatkan pendapatan masyarakat setempat
dengan penjualan hasil tani.