Home
News

 
 
 
 
CURRENT NEWS

Pairin puji usaha Hospital Tambunan hingga raih pelbagai pengiktirafan

TAMBUNAN, Dis 20 -- Usaha keras, penat jerih serta pengorbanan kakitangan Hospital Daerah Tambunan dalam mempastikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan mendapat pujian daripada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Dalam tempoh masa tiga tahun ini, pihak Hospital Tambunan telah meraih dua pengiktirafan kecemerlangan secara tiga tahun berturut-turut bermual tahun ini.

Pengiktirafan yang pertama, Persijilan MS ISO 9001:2000 yang diberikan bermula dari 23 Oktober 2008 sehingga 22 Oktober 2011. Persijilan dalam skop perkhidmatan perawatan kesihatan.

Selain itu, Hospital ini juga mendapat pengiktirafan Persijilan ‘Baby Friendly’ kali ke tiga bermula dari dari bulan Ogos 2008-hingga Ogos 2011.

Pairin yang mengadakan lawatan amal ke Hospital berkenaan sempena Hari Krismas menjelang tiba berpuas hati dengan pentadbiran dan pengurusan pihak Hospital Tambunan.

Program lawatan amal tahunan anjuran bersama Pemuda Parti Bersatu Sabah Tambunan dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital itu turut mengagihkan hadiah berserta ‘duit raya’ kepada 40 pesakit yang menyambut Hari Krismas di Hospital.

Hadir sama Setiausaha Politiknya, En Welfredoline Jakil; Pengarah Hospital Tambunan, Dr Yogendra Panchaligam; Pemimpin Kemajuan Rakyat Tambunan, En Laiwon Dalus, Ketua Pemuda PBS Tambunan, En Romanus Joannes, Ketua Wanita PBS, Paula Andui dan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tambunan, Encik Donny Bullah.

Pairin yang juga Adun kawasan Tambunan memuji pihak pengurusan Hospital Tambunan yang diketuai oleh Pengarah Hospital, Dr Yogendra Panchaligam yang sentiasa komited dengan tugas demi untuk keselesaan pesakit.

Ini menunjukkan usaha gigih dan baik yang dilakukan oleh pihak Hospital Tambunan dan saya berbangga dengan pengiktirafan berkenaan.

Katanya, ini dicapai hanya akan dapat dicapai dengan sokongan serta kerjasama daripada semua anggota kakitangan hospital ini termasuklah pihak Ahli Lembaga Pelawat.

Justeru itu, penduduk di daerah ini wajar berterima kasih di atas pengorbanan para pekerja hospital khususnya yang menjalankan tugas di hari kelepasan am seperti Hari Krismas.

Di tahun hadapan, Pairin turut menekankan keperluan untuk melakukan kempen-kempen tertentu bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan hospital dan kita mahu masyarakat di sini menyokong usaha ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tambunan, Encik Donny Bullah merayu kepada masyarakat di daerah ini yang layak untuk menderma darah kepada pihak Hospital.

Katanya, setiap bulan Hospital memerlukan lebih kurang 50 pin darah untuk pelbagai kegunaan seperti pesakit thalassemia, ibu bersalin, pembedahan dan kemalangan, manakala bekalan darah pula tidak mencukupi.

Kita perlu menyokong pihak hospital sebagai mengucapkan tanda terima kasih di atas kecemerlangan perkhidamatan dan salah satu cara kita untuk membalas budi mereka adalah melalui menderma darah.

Dalam perkembangan lain, bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan Hospital kepada masyarakat di sini, katanya di sebalik kecemerlangan mereka terdapat juga kekangan pihak untuk dalam menjalankan tugas mereka seperti kekurangan kemudahan serta peralatan di hospital berkenaan.

Saya difahamkan terdapat keperluan-keperluan yang masih lagi dipohon oleh pihak hospital seperti wad, mesin dialisis yang sudah tidak mampu untuk menampung pertambahan pesakit selain tambahan kuarters bagi kakitangan hospital.


 

 

 

 

Copyright © Sabah United Party (Parti Bersatu Sabah), Malaysia. All rights reserved.
First published: 22-Sep-1997   Updated: 23-Dec-2008 Email: webmaster